Friday, April 1, 2011

Thursday, February 24, 2011

Kicauan Merbah Jambul

Burung Merbah Telinga Merah

Burung Merbah Telinga Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Burung Merbah Telinga Merah
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Pycnonotus
Spesies: P jocosus

Burung Merbah Telinga Merah adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus jocosus.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Ciri-ciri

Burung Merbah Telinga Merah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Merbah Telinga Merah ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Telinga Merah tidak bergigi.

merbah perlu di beri lada cili setiap minggu agar sihat dan garang serta membantu pertumbuhan suara yang nyaring sewrta merdu. Merbah yang dijemur sehingga jam 12 tghari tidak akan tahan pertumbuhan bulu kerana kulit kering akan cepat menanggalkan bulu.supaya tahan panas merbah perlu diletak ditempat yang berhaba saja.,,,,,cikgu d///sahadi pun orang panggil

Burung passerine ini makan buah, madu dan serangga. Berbunyi kuat dan terang kink-a-joo, dan nyanyiannya adalah "scolding chatter".
Bunyinya menyerupai siulan manusia. Malah sekiranya seseorang bersiul berhampiran dengan sarang Merbah ia akan mendapat reaksi dari anak burung sekiranya ada dalam sarang.
Sebagaimana burung kecil dalam habitat manusia, musuh terbesarnya adalah wayar eletrik dan kucing.

[sunting] Pembiakan

Burung Merbah Telinga Merah membiak dengan bertelur. Telur Burung Merbah Telinga Merah bercangkerang keras.

[sunting] Habitat

[sunting] Gallery

[sunting] Rujukan

Burung Serindik

Burung Serindit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Burung Serindit
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Psittaciformes
Famili: [[]]
Genus: Loriculus
Spesies: L. galgulus


Burung Serindit (bahasa Inggeris) "Blue-crowned Hanging-Parrot") juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus galgulus.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Ciri-ciri

Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.
Burung Serindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.
Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

[sunting] Taburan

Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Loriculus galgulus03.jpg
Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.

[sunting] Pembiakan

Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.
Spesies ini mempunyai daerah penyebaran yang luas dan mudah dilihat di habitatnya. Burung Serindit dinilai sebagai berisiko rendah di dalam IUCN Red List dan didaftarkan dalam CITES Appendix II.